Perbahasan Rang Undang-Undang Pindaan Akta Cukai Jualan 2018 oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera YB Wong Hon Wai pada 04.08.2022.
Video here https://fb.watch/e-a0cx2bmj/
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya
turut ingin menyertai perbahasan pindaan terhadap Akta Cukai Jualan 2018. Sebelum ini, barang bernilai rendah iaitu kurang daripada RM500 telah dikecualikan daripada cukai jualan di bawah Item 24, Jadual ‘A’, Sales Tax (Persons Exempted from Payment of Tax) Order 2018. Akan tetapi sekarang, Kementerian Kewangan ingin mengembangkan skop cukai jualan ini. Maksudnya,lebih kurang ialah cukai yang baharu kepada barang bernilai rendah, satu lagi cukai yang baharu untuk barang bernilai rendah.
Masyarakat di luar tertanya-tanya, Perdana Menteri boleh membeli designer shirt Burberry bernilai beribu-ribu, dikenakan cukai jualan 10 peratus. Kenapa orang kurang berada nak beli satu shirt RM30 melalui online platform disamakan, kena bayar cukai kadar 10 peratus? Adakah ini level playing field seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Tebrau?
Ini kerana orang kurang berada mana boleh beli beribu-ribu ringgit. Hanya beli barang bernilai rendah sahaja. Saya bertanya-tanya kenapa satu cukai baharu barang bernilai rendah ini diperkenalkan dan sila beritahu kita tarikh kuat kuasa, kadarnya dan juga berapa nilai barang bernilai rendah.
Adakah ia RM500 atau bagaimana? Ini kerana penjual-penjual online, penjual ecommerce online ini mereka perlu membuat pendaftaran. Kutip kalau dilaksanakan low value goods ini, mereka perlu membuat pendaftaran dengan MOF. Sekiranya mereka tidak memenuhi threshold untuk pendaftaran kerana sale-nya tidak begitu banyak, apa terjadi? Bagaimanakah mereka kutip sales tax?
Kalau barang dikembalikan, consumer kurang bersesuaian, mereka kembalikan barang, bagaimana cukai jualan itu dikembalikan? Ini expansion of sales tax ini bukan sahaja consumer atau pengguna menempah melalui online. Kalau import dari luar negara, bagaimana Akta Cukai Jualan dikuatkuasakan secara extra territorial? Ini kerana apabila penjual di luar negara tidak memenuhi atau mematuhi rang undang-undang ini dan ada klausa-klausa punitif yang dikenakan, bagaimanakah Akta Cukai Jualan dikenakan penguatkuasaan itu kepada seorang penjual sama ada yang berdaftar atau tidak berdaftar di luar wilayah Malaysia?
Bagaimana kalau mereka tidak membayar, apakah cara penguatkuasaannya? Ini kerana ada extra territorial element? Bagaimana pula pembelian online ini kalau ia diimport melalui airport, melalui kapal terbang ataupun sea port ataupun melalui darat, apakah bezanya implikasi ketiga-tiga mode transportation ini? Ini kerana kita juga kutip custom duti dan sebagainya.
Bagaimanakah caranya untuk membezakan ketiga-tiga itu? Bagaimana pula dengan ada produk-produk yang dikenakan eksais duti antara mungkin rokok, arak atau tobacco products? Bagaimanakah pula cukai baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional barang bernilai rendah ini? Satu cukai yang baharu ke atas barang-barang bernilai rendah ini, bagaimana ia what is the tax burden? Apakah beban cukai sama ada beban cukainya bukan ke atas pengilang ataupun ecommerce operator tetapi ke atas pengguna rakyat Malaysia yang hanya mampu untuk membeli barang bernilai rendah dan bukan barang bernilai tinggi?
Apakah jangkaan pendapatan yang dijangkakan oleh MOF tentang kutipan cukai baharu barang bernilai rendah ini? Ini kerana kita hendak tahu apakah jangkaan income? Sales tax on Taxable goods sebelum ini berdasarkan 10 digit HS Code? Kalau sekarang Yang Berhormat Menteri boleh menentukan barang dan kelas barangan untuk barang bernilai rendah, bagaimana pengelasan tersebut? Dahulu berdasarkan, sebelum ini 10 digit HS Code, sekarang bagaimana?
Oleh itu saya meminta jawapan kepada setiap persoalan yang saya timbulkan tadi. Ini kerana ada implikasi kepada pengguna-pengguna dan perniagaan-perniagaan yang terlibat. Saya meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
No comments:
Post a Comment